Friday, October 7, 2011

Nasib Aku Malang Hari Ni

Hari ni Jumaat dan aku macam biasa akan pergi ke sekolah yang biasa.Tapi hari ni memang suwey betul wa cakap lu.Mula mula pagi tadi time tengah breakfast sebelum ke sekolah makanan jatuh atas baju,telur goreng dengan sos cili yang biasa.Masa pegi sekolah diorang kata aku datang haid,Fak!!Aku lelaki la weh.Seterusnya masa aku beli air tin yang biasa dekat mesin air tin yang biasa,air tu tumpah juga,and bila aku beli teh ais yang biasa dekat kantin yang biasa pon tumpah jugak.Time nak habis rehat yang biasa, aku rasa sakit perut yang biasa pulak,aku pegilah dekat tandas yang biasa dan bersebelahan dengan kelas sementara aku yang biasa.

Time tengah melepas macam biasa,ada mangkuk hayun main baling baling air yang biasa kat aku,lencun badan aku yang biasa dibuatnya.Bila tanya macam biasalah,sekor pun taknak mengaku.

Waktu sebelum aku boleh blah dari sekolah yang biasa adalah sains yang biasa,tengah aku termenung fikirkan masalah nak proses ilmu yang cikgu tengah bagi tu aku rasa sakit perut sekali lagi.Rasa macam tengah mengandung pun ada,nak terberanak dah rasanya waktu tu,aku pun jalanlah ke depan dengan relax dan mintak izin kat cikgu,dia tak bagi sebab dia kata nanti rugilah ilmu tu.Woi!!!Sakit perut ni!!!Aku pon blah camtu saja tak kiralah cikgu bagi ke tak.Masa dalam perjalan yang penuh liku menahan isi dalam perut yang meronta ronta untuk melihat dunia tu,aku terjatuh sebab tandas tu baru saja dicuci habis basah seluar aku.Lepas dah lega aku pon baliklah dalam kelas untuk ditertawakan oleh beruk,eh silap pulak,kawan kawan aku sebab seluar aku yang basah.

Dan yang akhir sekali waktu nak keluar dari lab ada budak perempuan mana entah tengah melambai lambaikan tangannya yang kecik tak cukup makan tu dekat aku.Basah la pulak muka aku sebab budak tu baru basuh tangan,nak keringkan tangan pon pi lah tempat lain,muka aku jugak ko nak basahkan ye??Kalau nak ngorat aku tu boleh dimaafkan lagi tapi dia blah macam tu je dan aku taktau pula siamang mana yang basahkan muka aku.

P.S. - Mungkin minggu depan aku stop jap blogging ni kot sebab minggu depan ada final exam,Wish me luck ok??

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...