Friday, October 28, 2011

Cerpen - Cikgu Fakhrul Part 1

Pada hari Isnin yang aman,burung burung berkicauan,kambing kambing mengembek dan lembu lembu pula mengemoo.Di Sekolah Menengah Kebangsaan(Censored),ada yang sedang bersembang,ada yang baca buku dan ada yang kejar pondan.Kelas tingkatan 2 Kreta,kelas yang dimana pelajar pelajar yang baik berada.Kelas yang amat disayangi oleh guru guru terutamanya guru disiplin.

Pelajar pelajar tingkatan 2 kreta memulakan hari mereka seperti biasa dengan perhimpunan pagi yang diadakan setiap pagi.Menyanyi lagu sekolah dah menjadi kebiasaan mereka.Selepas lagu sekolah,doa pula dibacakan.Sesudah doa dibacakan guru besar memperkenalkan guru baru yang ingin menggantikan guru besar tapi hajat tak kesampaian iaitu Cikgu Fakhrul.

Pelajar pelajar perempuan terlopong melihat cikgu Fakhrul yang macam lembu hensem itu.Tak kurang juga pelajar pelajar pondan yang sudah mula berangan angan untuk belajar bersama guru baru itu.Pelajar pelajar lelaki pula berasa cemburu dan mula memasang pelan untuk rogol ragging cikgu Fakhrul disebabkan kehensemannya yang kalau lembu tengok pon boleh muntahkan makanan yang dimakan bulan lepas.

Guru besar meminta cikgu fakhrul untuk memberi ucapan selama 5 minit kerana beliau hendak pergi menonton wayang selepas perhimpunan.Cikgu Fakhrul akur dan beliau memberikan ucapan ringkas serta padat dan kalau kambing dengar,mereka tak akan mengembek lagi dan mereka akan bercakap bahasa Sepanyol dengan lancar.Mereka juga tak akan meragut rumput lagi dan mereka cuma akan makan spaghetti menggantikan rumput.

Sebelum guru besar bertolak ke panggung wayang,beliau sempat memberi tahu yang Cikgu Fakhrul akan menjadi guru tingkatan kelas 2 kreta menggantikan Cikgu Sood kerana beliau dikatakan sudah kaya kerana menjadi agen dR.Rozmey untuk menjual Jus Mate 5.Pelajar pelajar 2 kreta mula menjerit ‘Fakk!!!Waddehel’….berulang kali.

Mereka tak nak Cikgu Sood pergi kerana mereka sayangkan Cikgu Sood.Cikgu Sood lah satu satunya guru yang tak akan mengajar apabila beliau masuk kelas sebaliknya beliau akan mempromosikan Jus Mate 5 hingga beliau lupa untuk mengajar dan lupa yang dia adalah cikgu.

Tetapi apakan daya……….

bersambung

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...