Saturday, September 17, 2011

Asal Usul Hantu Di Malaysia

Jenis-jenis Hantu :

1. Hantu Raya


Berasal dari Tanah Melayu. Dipercayai terkorban didalam satu kemalangan jalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk pulang berhari raya. Kegemarannya mencuri kuih kuih raya. Tempat menginapnya disyaki di balai - balai raya.

2. Hantu Langsuir


Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang. Ceritanya bermula di suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedang memasang langsir lalu terjatuh dari tingkap, terus mati. Selepas itu, dia selalu datang menjeguk langsirnya. Hobinya bermain aumm cak-cak di tepi langsir.

3. Hantu Stokin

(gambar tidak ada kaitan dengan hantu stokin)

Berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam. Merupakan seorang taukeh stokin yang berjaya sehingga lupa rumahtangga. Hidupnya asyik dengan stokin. Tidur stokin, makan stokin, minum stokin sehinggalah kawan kawan menggelarnya Hantu Stokin.

4. Hantu Jerangkung

(mak aii..kurusnya!!)

Di percayai berasal dari Tanah Besar China. Ia bekerja sebagai penjerang kangkung di sebuah restoran. Hari-hari kerjanya jerang kangkung dalam sebuah periuk besar. Satu hari seorang kawan menyergahnya dari belakang, kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk itu. Perkataan akhirnya ialah 'jerang..... kung', jadilah Hantu Jerangkung. Hobinya mencangkung dan tempat tinggalnya dalam almari, sebab tu le ada lagu 'Jerangkung Dalam Almari'.

5. Hantu Pontianak


Disyaki berasal dari India. Seorang lelaki, Mr. Ponti mendapat seorang anak perempuan yang sangat hodoh. Orang kampung selalu menyindir anak ponti ini. Ponti punya anak - Ponti punya anak - Ponti punya anak. Ponti sangat malu dan mengurung anaknya. Selepas 5 tahun, anaknya keluar dari rumah dan terkejutlah seorang nenek, Oi! Pontianak... Lekatlah nama pontianak.

6. Hantu Penanggal


Seorang ibu tiri yang kejam, hobinya menanggalkan kain anak tirinya selain kain lakinya. Dah terbiasa dia rasa seronok pulak. Dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain orang orang kampung. Hebohlah satu kampung 'Lari..lari. ....Penanggal' . Bila dia melihat sesuatu yang menarik seperti kurap, panau, kayap dan anu.....dia pun mengilai semahunya.


7. Hantu Pocong


Berasal dari Puchong. Nama sebenarnya Ahmad Garpu. Dia ni suka sangat menipu, senang cerita...kaki cong le. Bila dia mati terlompat lompatlah dia sebab tak boleh nak jalan,nak pergi cong orang. Pucong !! Pucong !!

P.S.- Kalau nak tambah sila komen dibawah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...