Tapi sebenarnya, guru besar sekolah iaitu Cikgu Rahim telah menggunakan kebanyakan wang sekolah untuk main saham. Oh ya, sekolah ini juga sebenarnya adalah sebuah sekolah swasta, jadi gaji para guru tidak dibayar oleh kerajaan sebaliknya ditanggung oleh Cikgu Rahim Sendiri. Cikgu Rahim juga banyak menghabiskan masanya di panggung wayang kerana tidak mahu miss filem filem terbaru seperti Twilight, ala cerita mayat hidup ngan anjing berebut satu pempuan tu
(Credit to 9gag)
Berbalik pada cerita asal, Cikgu Fakhrul dan murid kelas 2Kreta berkumpul di padang sekolah dan mereka mula dengan memanaskan badan dahulu kerana takut salah seorang murid lelaki 2 Kreta akan mengalami mati pucuk ketika bersukan. Mereka bersetuju untuk bermain bola sepak kerana itu adalah sukan kegemaran mereka.
Semasa mereka tengah seronok bermain, Afnon tersepak kankang Syed dan menyebabkan Syed muntah nonstop. Cikgu Fakhrul memarahi Afnon kerana Afnon menyepak Syed dengan sengaja tanda amaran kepada Syed yang selalu cuba untuk menggatal dengan Sofia, buah hati Afnon.
Cikgu Fakhrul menyuruh Afnon meminta maaf dengan Syed dan Afnon akur dengan arahan Cikgu Fakhrul. Semasa Afnon meminta maaf, Afnon sempat berpesan kepada Syed " kalau kau tak dapat anak nanti kau ambil anak angkat lah ok???"
Syed kemudian menangis kerana dia takut dia akan mandul dan kemudian penulis sudah hilang idea nak tulis apa...
Bersambung....

hahaha sial la...
ReplyDeletelol
ReplyDelete