Wednesday, November 16, 2011

Cerpen - Cikgu Fakhrul Part 2

Murid muris kelas 2 Kreta masuk ke kelas dengan perasaan hampa kecewa dan sedih.Kehilangan Cikgu Sood umpama lembu yang terpaksa tinggalkan najisnya.Sebaliknya,Cikgu Fakhrul berasa gembira dapat memulakan hidupnya yang baru sebagai seorang guru.Dia berjalan pergi ke kelas 2 Kreta dan sebaik sahaja dia masuk kelas,sebuah baldi yang dipenuhi dengan tahi lembu jatuh ke atasnya.Sebenarnya,murid murid kelas 2 Kreta berasa rugi jika menggunakan kapur kerana kapur naik harga sekarang,jadi mereka menggunakan tahi lembu yang diambil dari Mael Thunder.Mael Thunder merupakan salah seorang pelajar di dalam kelas 2 Kreta,namanya ganas namun mukanya ayu bak Ayu Raudhah ketika menyanyikan lagu are u sleeping?.Mael Thunder membela seekor lembu yang bernama Rambo,najis Rambo lah yang diisi di dalam baldi untuk mengenakan Cikgu Fakhrul.

Iklan : Minumlah Jus Mate 5 daripada dR.Rozmey dan Herba Prima!!

Cikgu Fakhrul berasa sedih dan malu lalu berlari sambil menangis teresak-esak.Dia menuju ke keretanya dan dia memandu seolah olah Mikael Shoemaker.Hebat benar najis Rambo ini ya? kata Amra,ketua kelas 2 Kreta.Mampu membuat orang memandu dengan hebat,apa yang kau beri Rambo makan Mael?tanya Amra lagi.

Iklan lagi : Mawi Werldddd........undi 32999

Bersambung....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...